Topik                              : Wang
Hasil Pembelajaran      : Untuk menambah dua 
                                       atau lebih jumlah wang 
                                       melibatkan kombinasi 
                                       wang kertas dan syiling.
Bahan-bahan               : Buku, pensel, pen, 
                                       pemadam, manila kad, 
                                       wang mainan, 
                                       kertas. 
Teknik                         : Main peranan 
Prosedur                      :
- Guru mewujudkan satu situasi – koperasi sekolah.
 - Guru menerangkan situasi, peranan watak dan tempoh lakonan.
 - Murid menyusun meja dan kerusi mengikut kehendak situasi.
 - Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan watak, iaitu penjual dan pelanggan.
 - Murid yang berwatak sebagai penjual meletakkan produk-produk yang ingin diniagakan di atas meja yang telah susun dengan kemas dan mengikut kategori.
 - Guru mengagihkan wang mainan kepada murid.
 - Murid-murid yang berwatak pelanggan mula memilih produk yang ingin beli sambil menanya harga barangan.
 - Mencatatkan harga barangan yang ingin dibeli dan membuat perhitungan sebelum membuat bayaran.
 - Murid-murid membuat bayaran di kaunter dan menyemak perhitungan yang telah dibuat adakah sama dengan kiraan yang dibuat oleh penjual.
 - Selepas 15 minit, pertukaran watak di antara penjual dan pelanggan. Ulangi langkah 7 hingga langkah 9.
 - Guru merumuskan pengajaran mengenai penambahan wang.
 - Guru meminta murid mengemaskan bahan-bahan serta menyusun balik meja dan kerusi.
 














