Light Blue Pointer Keseronokan Belajar Matematik: 2011

Thursday 1 December 2011

Wang

Topik                              : Wang

Hasil Pembelajaran      : Untuk menambah dua 
                                       atau lebih jumlah wang 
                                       melibatkan kombinasi
                                       wang kertas dan syiling.

Bahan-bahan               : Buku, pensel, pen, 
                                       pemadam, manila kad, 
                                       wang mainan,
                                       kertas.

Teknik                         : Main peranan

Prosedur                      :
  1. Guru mewujudkan satu situasi – koperasi sekolah.
  2. Guru menerangkan situasi, peranan watak dan tempoh lakonan.
  3. Murid menyusun meja dan kerusi mengikut kehendak situasi.
  4. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan watak, iaitu penjual dan pelanggan.   
  5. Murid yang berwatak sebagai penjual meletakkan produk-produk yang ingin diniagakan di atas meja yang telah susun dengan kemas dan mengikut kategori.
  6. Guru mengagihkan wang mainan kepada murid.
  7. Murid-murid yang berwatak pelanggan mula memilih produk yang ingin beli sambil menanya harga barangan.
  8. Mencatatkan harga barangan yang ingin dibeli dan membuat perhitungan sebelum membuat bayaran.
  9. Murid-murid membuat bayaran di kaunter dan menyemak perhitungan yang telah dibuat adakah sama dengan kiraan yang dibuat oleh penjual.
  10. Selepas 15 minit, pertukaran watak di antara penjual dan pelanggan. Ulangi langkah 7 hingga langkah 9.
  11. Guru merumuskan pengajaran mengenai penambahan wang.
  12. Guru meminta murid mengemaskan bahan-bahan serta menyusun balik meja dan kerusi.  

Monday 28 November 2011

Aktiviti Sekolah (RIMUP)





Let fun together

Fractions

MATHEMATICS SONG

KAEDAH-KAEDAH MEMAHIRKAN MATEMATIK


Terdapat banyak faedah untuk memahirkan diri kita dengan matematik. Individu yang berlainan mempunyai kaedah yang berlainan untuk memahirkan diri dengan subjek matematik.

Kaedah utama sambil belajar.
Aktiviti ini dijalankan secara spontan untuk faedah perbuatan itu sendiri. Ini bermakna kaedah tersebut memberi kepuasan dalam keadaan sedar atau tidak. Terdapat unsur-unsur kespontanan, kurang berstruktur, tiada paksaan, dan menimbulkan kepuasan. Sebagai contoh, kanak-kanak bermain batu sermban, mereka bukan sahaja seronok tetapi juga dapat membina ketelusan dalam mengira mata yang diperolehi. Objektif kaedah bermain sambil belajar adalah untuk mendatangkan keseronokan dan hiburan di bersebelahan merangsang individu mempelajari sesuatu dengan cara yang aktif dalam keadan yang tidak formal. Kaedah ini membantu perkembangan fizikal, sosio-emosi dan mental di mana mereka juga dapat meningkatkan kekuatan dan ketangkasan, dapat berinteraksi juga mempelajari nilai - nilai sosial yang positif seperti bertolak-ansur, bertimbang rasa dan lain-lain lagi. Kesan keseronokan daripada bermain dapat mempercepatkan lagi proses pembelajaran di mana maklum balas yang diberi serta merta tentang betul atau salah akan mengukuhkan lagi pembentukan satu-satu konsep. Di dalam menunaikan aktiviti permainan, ia harus berkaitan dengan objektif pembelajaran. Permaianan tersebut mesti sesuai dengan umur, pengalaman, kebolehan serta kecenderungan murid-murid. Arahan tentang permainan mestilah jelas, tepat dan mudah difahami. Kaedah ini harus melibatkan semua murid sekiranya dijalankan di dalam kelas. Maklum balas tentang betul atau salah dalam sesuatu permainan hendaklah diberi dengan serta merta agar murid-murid bermotivasi untuk meningkatkan lagi motivasi mereka. Tempoh permainan tidak boleh pendek dan tidak boleh terlalu panjang. Ia seharusnya mengambil masa yang sederhana dan sesuai. Permainan harus menekankan nilai kerjasama, keadilan, keseronokan dan kemahiran sosial. Permainan dijalankan dalam bentuk yang boleh menarik minat murid-murid dan merupakan satu bentuk pengajaran bukan sebagai GANTIAN guru.

Kaedah inkuiri.
Inkuri merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang: -
1) berasaskan prosesp penyelesaian masalah
2) berpusat kepada murid (murid mengambil bahagian yang aktif)
3) memberi latihan yang sebenar 
4) menggalakkan murid mengalami situasi yang sebenar
5) mengggalakkan murid membuat penyelidikan

Teknik ini mempunyai proses yang berikut: -
1) Mengenal pasti masalah
2) Mengkaji masalah
3) Mengumpul maklumat
4) Menganalisis masalah
5) Merumus masalah

Mengenal pasti masalah.
Pelajar harus mengenal pasti soalan dan menentukan fakta yang difahami. Dalam proses mengenal pasti masalah, kaedah, teknik, rujukan dan sumber yang sesuai perlu ditekankan kerana ia dapat membantu memandu murid-murid mendapatkan maklumat yang paling mudah. Kemudian, murid mengumpul maklumat mengikut urutan. Di sini, murid dapat membuat ramalan, memeriksa maklumat dan menentukan kebenarannya. Seterusnya, murid-murid harus merangka prosedur untuk menyelesaikan masalah. Murid-murid membuat analisis dan peperiksaan tentang ramalan yang dibuat. Di sini, murid- murid cuba menyelesaikan masalah dan membuat penilaian kreatif.
Pengawalan aktiviti inkuiri.
1) Pemerhatian
2) Penjelasan
3) Membuat ramalan
4) Uji Kaji

Kaedah Boikot
Kaedah Boikot merupakan satu aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan di mana murid bekerjasama antara satu sama lain untuk meneliti dan membincangkan sesuatu topik atau masalah. Kaedah Boikot dikatakan dapat mengalakkan murid-murid lebih bergerakbalas tentang topik atau masalah matematik yang sedang atau sudah dibincangkan. kaedah Boikot merupakan satu aktiviti yang sangat mudah dijalankan dan mudah dilaksanakan dalam apa jua mata pelajaran terutama sekali matematik dan kaedah ini boleh dijalankan dalam sebarang situasi bilik darjah mahupun di rumah.
Boikot boleh menjadi satu aktiviti yang berstruktur atau aktiviti yang bebas bergantung penilaian yang dijalankan. Dalam kaedah menyelesaikan masalah, terdapat 5 pekara yang telah dikaji.
(1) Belanja idea individu
(2) Pencapaian konsep
(3) Kerja kreatif
(4) Membuat keputusan
(5) Menyelesaikan masalah dalam kumpulan

Kaedah dapatan
Kaedah ini lahir daripada teori-teori pembelajaran, ia perlu bagi ibu bapa dan guru untuk mencapai pengajaran yang berkesan kepada kanak-kanak dan murid. Walaubagaimanapun, ia hanya sesuai dalam keadaan tertentu sahaja. Kaedah ini bertujuan mencabar murid supaya mencari jawapan dari maklumat yang kurang lengkap. Biasanya pembelajaran dari kaedah ini terdiri daripada bahagian-bahagian maklumat yang tidak lengkap dan murid juga perlu membuat kesimpulan daripada apa yang telah dilaksanakan. Peranan guru dan ibu bapa ialah untuk mengadakan Boikot Terbuka dan  menggalakkan murid mengeluarkan pendapat serta memberi jawapan ke arah yang ingin matlamat dicapai. Kaedah ini dapat mengekalkan pembelajaran murid kerana segala maklumat dan kesimpulan telah digunakan semasa pembelajaran.

Hafalan dan latih tubi.
Teknik ini telah lama digunakan iaitu sejak beribu-ribu tahun sebelum Masihi. Pada masa kini, teknik hafalan dan latih tubi masih digunakan. Teknik ini telah difahami dengan lebih mendalam dan kurang digunakan secara keterlaluan. Terdapat 2 jenis hafalan yang dikenalpasti iaitu hafalan rot dan hafalan logik. Hafalan rot adalah hafalan berbentuk simbol-simbol yang perlu diingat sepatah demi sepatah. Istilah pada mulanya hanya menggunakan hafalan rot kemudian hafalan rot mengenai sesuatu pembelajaran akan diambil alih oleh hafal logik. Hafalan lojik pula merupakan hafalan secara rasional yang melibatkan fenomena yang bermakna tentang tentang prinsip-prinsip yang perlu dipelajari, hafalan lojik perlukan fahaman yang rasional mengenai konsep yang terlibat. Kebolehan membuat taakulan memainkan peranan penting untuk membawa kefahaman rasional ini, di samping kebolehan membuat perkaitan antara satu dengan yang lain diperlukan juga. Dalam situasi pengajaran sesama sendiri dalam bilik darjah, cara yang paling berkesan untuk mengajar teknik hafalan dengan berpandukan kepada 4 langkah,
 (1) Memikirkan
 (2) Mengulangkan
 (3) Mengucapkan
 (4) Mengingatkan
Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta dalam meningkatkan kecekapan tentang apa yang telah diajar. Latih tubi amatlah sesuai untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti mengingati formula-formula yang penting. Hafalan dan latih tubi biasanya digunakan dalam langkah kedua iaitu mengulang bahan dan langkah ketiga iaitu mengucap isi kandungan di hadapan guru. Dengan itu, latih tubi adalah sebahagian daripada usaha menghafal atau mengingat sesuatu.

Sebenar masih terdapat banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah dan membantu proses meningkatkan kecekapan dan kemahiran dalam bidang Matematik.